Phil Taylor

Phil Taylor

Thursday, December 10, 2009

Kejohanan Dart Bergu Kingfisher Cafe.





Kingfisher Cafe telah menganjurkan pertandingan Dart Bergu pada 05hb Disember hingga 06hb Disember, 2009. Saya memuji kesanggupan Kingfisher Cafe untuk menganjurkan pertandingan Dart ini yang amat diperlukan untuk menaikkan prestasi permainan dart untuk Sandakan Darters ini dan saya bagi pihak kumpulan saya Zeus dan juga para Sandakan Darters yang lain amat berterima kasih dan terhutang budi dengan anjuran ini. Pertandingan dimulakan dengan penyertaan sebanyak 21 bergu mewakili Forestry, ILP, Zeus, MPS, Rimbawan dan ramai lagi. Kejohanan kali ini menyaksikan perlawanan akhir diantara kumpulan Zeus( EN Zambri dan EN Rozlee) dan kumpulan Tiger (EN Muhyidin dan En Sondom) yang mana dimenangi oleh kumpulan Zeus, tahniah kami ucapkan. Di sini saya selitkan beberapa gambar untuk tatapan kita bersama...




Juara dan Naib Juara





Top 4...







Saya difahamkan bahawa Kingfisher Cafe akan mengadakan lagi anjuran serupa dimasa akan datang dan saya dengar ada banyak lagi organisasi yang ingin menganjurkan pertandingan ini, samada anjuran untuk Team Event, Bergu atau pun Single adalah amat dialu - alukan dari kami Sandakan Darters ini. Nampaknya hanya itulah saja catatan saya untuk kali ini mohon maaf andai catatan saya ini banyak kekurangannya kami budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan majulah sukan untuk Sandakan Darters....


























Thursday, November 26, 2009

Kejohanan Dart di Lahad Datu.



Para peserta yang berjaya.

Untuk makluman para pembaca baru - baru ini telah diadakan pertandingan dart terbuka Lahad Datu yang mana ramai darters daripada Sandakan yang melibatkan diri. Saya tiada mengikuti perkembangan pertandingan ini yang mana maklumat ini saya dapati daripada kawan saya yang telah pergi mengikuti pertandingan tersebut (En Zambri) . Semua penyertaan adalah sebanyak 43 kumpulan bermula pada 21hb November hingga 22hb November yang mana dimenangi oleh PDC Tiga (EN. Ukil dan EN Sangga) Johan, Wet Alive (EN Jany dan EN Edwin) Naib Johan dan berkongsi tempat ketiga dan keempat adalah kumpulan Tiga (En Amin dan En Pangiran) dan kumpulan Knight Bull (En Zambri dan En Rafeek)dari Sandakan. Tahniah kepada para pemenang dan diharapkan yang anjuran sebegini akan diteruskan supaya kita dapat menaikkan taraf sukan dart ini sehingga ke satu tahap yang boleh dibanggakan.




Dari kanan EN Rafeek, En Zambri, En Edwin dan En Jany.

Monday, November 23, 2009

Sandakan Darters



(Dari kiri Anuar, Zambri, Rozlee dan Rosaimi)


Assalamualaikum semua kepada para pembaca blog sandakan darters yang baru diterbitkan ini. Tujuan blog ini adalah untuk menilai sejauh kemampuan sandakan darters untuk mengembangkan sukan dart ini di peringkat daerah dan juga untuk mengikuti perkembangan sandakan darters di pertandingan peringkat daerah dan antarabangsa. Kami di Sandakan terutama sekali di Club 1 telah menjalankan latihan selama lebih kurang 6 bulan dan ada juga di antara kami yang telah berjaya mendapat kemenangan walaupun tidak menjadi juara tetapi ianya satu perkembangan yang boleh dikira baik kerana kami semua punya komitmen terhadap kerja. Salah seorang daripada kami yang telah berjaya tetapi beliau telah berlatih lebih dulu dari kami adalah Encik Zambri Mahamud dan pasangannya Rozlee Ramsah yang telah mendapat gelaran juara dua kali bergu tertutup Sandakan, tahniah kami ucapkan. Dan ada juga teman latihan kami yang telah mendapat tempat lapan terbaik iaitu Encik Rosaimi Hassan dan pasangan bergunya adalah Encik Anuar Ahmad di kejohanan tertutup ILP Sandakan tahniah juga kami ucapkan. Kami di Sandakan sebenarnya dahagakan anjuran kejohanan sukan Dart ini yang jarang - jarang sekali diadakan yang mana kami terpaksa mengikuti anjuran daripada Tawau dan Kota Kinabalu untuk mengukur sejauh mana pencapaian kami di dalam sukan Dart ini.



Bersama teman seperjuangan....